• Utama
  • Maklumat Korporat
  • Pengenalan
  • Perutusan Pegawai Daerah

Perutusan Pegawai Daerah

     
   
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

    Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya kita diberi kesempatan dan ruang untuk sama-sama berganding bahu, memacu Daerah Muallim mencapai impian dan hasrat yang ingin digapai serta dapat juga Pejabat Daerah Dan Tanah Muallim menghasilkan sebuah Laman Web Rasmi sebagai landasan infomasi dan jalinan perhubung kepada rakyat di Daerah ini.
      Dengan tertubuhnya Daerah Muallim ini akan memberi impak penambahbaikan perkhidmatan kepada rakyat di Negeri Perak Darul Ridzuan dan penduduk Muallim khasnya. Ini berikutan dengan rancangan pembangunan pada masa hadapan yang akan dilaksanakan dengan menumpukan lebih kepada penglibatan pihak swasta dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik untuk dinikmati oleh penduduk Daerah Muallim.
      Selain itu juga, melalui pengwujudan daerah ini diharap sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di peringkat daerah akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Semua jabatan di daerah perlu berganding bahu dalam memastikan aspirasi Kerajaan dapat direalisasikan dan memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.
    Pentadbiran Daerah komited untuk menjayakan semua perancangan pembangunan dan mengorak langkah ke hadapan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Kami dan warga perkhidmatan awam di Daerah Muallim adalah pelaksana dan penghubung dalam menterjemahkan visi kerajaan di peringkat dasar dan akar umbi kepada projek dan program di peringkat daerah untuk manfaat rakyat.
     Saya bagi pihak seluruh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Muallim mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran semua pengguna untuk melayari laman web ini. Maklumat-maklumat yang dipaparkan menerusi laman web ini memberi manfaat berkesan bagi mereka yang melayari laman web ini.

Sekian, terima kasih.

Nor Sham Binti Rahman,
Pegawai Daerah Muallim,
Perak Darul Ridzuan.


 

 

     

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.