• Utama
  • Maklumat Korporat
  • Profil Jabatan
  • Pentadbiran Tanah

Pentadbiran Tanah

UNIT HASIL

Diketua oleh Kerani Hasil 1 dan unit ini bertanggungjawab di atas urusan mengenai hasil kutipan negeri. Unit ini menjalankan kutipan terhadap hasil cukai seperti cukai lombong, cukai tali air, cukai parit, lesen dan permit, bayaran perkhidmatan, perolehan daripada jualan pelbagai bayaran, sewaan, hukuman, denda dan pampasan. Manakala hasil bukan cukai yang dikutip adalah daripada bahagian lesen dan permit antaranya seperti lesen tumpangan sementara, lesen penjaja, permit bahan batu dan permit serta lesen barang-barang terkawal. Hasil bukan cukai daripada bahagian bayaran perkhidmatan antaranya terdiri daripada bayaran di bawah undang-undang kawalan sewa dan pelbagai perkhidmatan seperti bayaran ukur dan batu sempadan; daripada bahagian denda, pampasan dan hukuman pula terdiri daripada denda atau hukuman kerana mungkir janji ke atas kontrak yang telah ditandatangani, notis dan denda lambat membayar hasil tanah. Kesemua hasil ini akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

UNIT TEKNIKAL DAN PENGUATKUASA

Diketuai oleh Pegawai Petempatan Kanan dan bertanggungjawab dalam hal seperti penguatkuasaan tanah, membuat laporan ke atas apa jua bentuk pembangunan tanah, Permohonan Lesen Tumpangan Sementara, Permit Bahan Batu dan Galian; kesemuanya untuk perhatian Pentadbir Tanah Daerah (Ketua Penolong Pegawai Daerah).

UNIT PENDAFTARAN

Unit ini mengurus perkara-perkara seperti urusniaga dan bukan urusniaga. Termasuk dalam urusan urusniaga ialah mengendalikan hal-hal seperti Pindah Milik Tanah, Gadaian, Melepaskan Gadaian. Hal-hal berkenaan bukan urusniaga adalah seperti Masuk Kaviet, Menarik Semula Kaveat, Memotong Kaveat. Selain daripada mengurus hal urusniaga dan bukan urusniaga, unit juga mengendalikan tugas-tugas lain seperti Tukar Syarat, Lelong dan Memproses Permohonan Bicara Kuasa. Unit Pendaftaran juga mengeluarkan geran-geran tanah seperti geran Pajakan Mukim, geran Hak Milik Sementara dan geran Mukim.

UNIT PELUPUSAN

Unit ini bertanggungjawab dalam mengurus dan memproses permohonan-permohonan tanah kerajaan bagi perizapan, pengeluaran hak milik kekal, Lesen Tumpangan Sementara serta permohonan untuk kelulusan seperti permit, iaitu kebenaran untuk memindahkan bahan batu yang merangkumi pasir, tanah, batu dan rumput. Setiap permit yang keluar akan disusuli dengan pengeluaran doket, iaitu resit-resit yang dikeluarkan untuk membawa bahan batu. Unit ini juga menyediakan kertas-kertas kerja atau ringkasan untuk berkaitan untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan.

UNIT PELAN

Bertanggungjawab menyediakan laporan awal permohonan tanah pertanian, permohonan lesen, projek kerajaan dan industri. Unit ini juga bertanggungjawab mencharting dan menyediakan pelan pita ukur, pelan hak milik sementara, pelan untuk Majlis Mesyuarat Kerajaan dan pelan-pelan Jabatan-jabatan.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.